create a web page

PORTAL RASMI

DT TROOPERS OFFICIAL

JOHOR TETAP BERSEDIA UNTUK MENGANJURKAN SUKMA DAN PARA SUKMA KE-20 PADA TAHUN 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Khas SUKMA secara virtual telah berlangsung pada 9 November 2020 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mesyuarat telah membuat ketetapan bersama iaitu temasya Sukan Malaysia ke-20, tahun 2021 ditangguhkan atas beberapa sebab utama termasuk ketidaktentuan dalam penularan wabak pandemik #COVID19 yang telah memasuki gelombang ketiga melanda negara pada ketika ini. Penganjuran Sukan Malaysia ke-20 akan dibawa ke tahun 2022. Oleh itu, Temasya Sukan Para SUKMA ke-20, tahun 2021 juga ditangguhkan dan dibawa ke tahun 2022.

Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden MOM dan Presiden MPM serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi (Onn Hafiz), Tuan Hj On Bin Jabbar (On Jabbar), Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XX JOHOR 2020 dan Encik Mohd Gadaffie Bin Abd Aziz, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

#KitaJagaKita
#JagaPenjarakanFizikal
#SemarakJuara
#SukmaXXJohor2020
#SukmaXX
#SukanMalaysia
#SukmaXXJohor2022

Layari Portal Sukarelawan DT TROOPERS SUKMA XX JOHOR 2020 di www.sukarelawansukmajohor.my

INFORMASI SUKARELAWAN

Mobirise

KAEDAH PEMILIHAN SUKARELAWAN

Mobirise

SOALAN-SOALAN LAZIM

Mobirise

SEMAKAN PERMOHONAN

Mobirise

LOG MASUK SISTEM SUKARELAWAN

RAKAN STRATEGIK

FOLLOW US!

Alamat

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru
Johor

Hubungi

Email: sukarelawansukmajohor2020@gmail.com
No. Telefon : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
No. Faks: 07-2234487