website templates

SOALAN LAZIM SUKARELAWAN

Mukadimah

Satu lagi sejarah penting akan terlakar pada tahun 2020 apabila Negeri Johor akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA XX 2020 .Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian dari detik penganjuran ini. Jangan tunggu lagi! Wujudkan legasi anda sendiri dengan menjadi SUKARELAWAN untuk SUKMA XX Johor 2020 / Para SUKMA XX Johor 2020. Inilah peluang terbaik anda untuk bertemu dengan muka-muka baru, berkenalan dengan rakan-rakan baru, menjalinkan rangkaian dan berkongsi minat terhadap sukan dengan para sukarelawan yang lain. Saksikan keringat dan air mata atlet yang mengambil bahagian .


Soalan 1:

Apakah dia Program Sukarelawan SUKMA XX Johor 2020 dan Para SUKMA XX Johor 2020?

Program Sukarelawan SUKMA XX Johor 2020 dan Para Sukma XX Johor 2020 adalah satu landasan untuk rakyat Johor turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia XX Johor 2020 ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Program ini adalah di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XX Johor 2020, yang dipengerusikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor . 

Soalan 2:

Apakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan? 

Sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini. Oleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas. Anda juga berperanan sebagai duta Negeri Johor, terutamanya dalam penglibatan anda dengan peserta dari luar negeri. Maka kami memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara. 

Soalan 3:  

Apakah peranan dan tanggungjawab saya sebagai sukarelawan? Dalam bidang apakah saya boleh menawarkan sumbangan saya? 

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas mengikut penugasan yang telah ditetapkan mengikut keperluan Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XX Johor 2020.Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Sukarelawan akan mengambil seramai 2,500 sukarelawan on-field di bawah program ini. Butiran mengenai senarai akan dimaklumkan kepada sukarelawan semasa hadir latihan Umum dan Khusus. Antara bidang tugas sukarelawan adalah seperti berikut: 

1) Tugas-tugas Am

2) Antidoping/Kesihatan/Perubatan

3) ICT/Media

4) Majlis Perasmian dan Penutup

5) Pengangkutan

6) Penginapan/Sajian/Perkampungan

7) Penyampaian Hadiah

8) Promosi Pemasaran

9) Promosi / Pemasaran

10) Protokol

11) Vanue/Kemudahan

12) Keselamatan dan Lalulintas

13) Teknikal Sukan Akuatik

14) Teknikal Sukan Angkat Berat

15) Teknikal Sukan Badminton

16) Teknikal Sukan Berbasikal

17) Teknikal Sukan Bola Jaring

18) Teknikal Sukan Bola Keranjang

19) Teknikal Sukan Bola Sepak

20) Teknikal Sukan Bola Tampar

21) Teknikal Sukan Boling Padang

22) Teknikal Sukan Gimnastik

23) Teknikal Sukan Hoki

24) Teknikal Sukan Judo

25) Teknikal Sukan Karate

26) Teknikal Sukan Kanu

27) Teknikal Sukan Memanah

28) Teknikal Sukan Menembak

29) Teknikal Sukan Olahraga

30) Teknikal Sukan Pelayaran

31) Teknikal Sukan Pencak Silat

32) Teknikal Sukan Petanque

33) Teknikal Sukan Ragbi

34) Teknikal Sukan Sepaktakraw

35) Teknikal Sukan Skuasy

36) Teknikal Sukan Tenpin Boling

37) Teknikal Sukan Tinju

38) Teknikal Sukan Wushu

 

Soalan 4:

Di manakah akan saya ditempatkan?

Ia akan bergantung kepada tugasan yang akan dipertanggungjawabkan kepada anda nanti, tetapi kemungkinan besar anda akan ditempatkan di venue – venue pertandingan atau lokasi operasi temasya Sukan Malaysia XX Johor 2020 seperti di sekitar berikut:

1) Johor Bahru

2) Kota Tinggi

3) Batu Pahat

4) Muar

 

Soalan 5:

Bolehkah saya memilih lokasi dan tanggungjawab sebagai sukarelawan?

Anda boleh menyatakan lokasi dan tanggungjawab pilihan anda. Bagaimanapun, Pihak Pengelola Urusetia Sukarelawan berhak untuk meminda atau menukar lokasi dan bidang tugas para sukarelawan.

 

Soalan 6:

Apa ganjaran yang akan saya perolehi sewaktu menjadi sukarelawan?

Memegang kepada semangat sukarelawan dan hakikat bahawa SUKMA XX Johor 2020 adalah satu temasya sukan yang tidak berlandaskan kepada keuntungan serta dianjurkan untuk merayakan semangat kesukanan dan masyarakatnya. Apa yang kami tawarkan ialah peluang untuk anda menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah dan bermakna bagi tanahair kita ini. Namun begitu, kami ada menyediakan kemudahan asas, seperti di bawah:-

a) Peruntukan tunai (token)

b) Seluar dan kemeja-t rasmi sukarelawan

c) Topi Rasmi

d) Sijil penyertaan

c) Skim perlindungan insurans secara berkelompok

 

Soalan 7:

Adakah Jawatankuasa Sukarelawaan akan menyediakan penginapan dan pengangkutan ke tempat acara sukan berlangsung?

Buat masa ini , Urusetia Sukarelawaan tidak menyediakan penginapan kepada para sukarelawan.


Soalan 8:

Apakah kelayakan untuk menjadi seorang sukarelawan?

Sekiranya anda seorang rakyat Negeri Johor atau menetap di Negeri Johor yang berumur 18 dan ke atas, anda boleh memohon untuk dipertimbangan sebagai seorang sukarelawan. Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

a) Pengalaman yang berkaitan

b) Latar belakang pendidikan/pekerjaan dan bidang kepakaran

c) Faktor-faktor lain seperti kemampuan berkomunikasi, kebolehan bertutur dalam bahasa lain dan sebagainya.

 

Soalan 9:

Bagaimanakah saya mendaftar untuk menjadi seorang sukarelawan?

Mudah sahaja untuk anda menjadi seorang sukarelawan. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:-

a) Lawati http://sukarelawansukmajohor.my

b) Isikan borang pendaftaran

c) Satu emel pengesahan akan dihantar setelah borang pendaftaran diserahkan

 

Soalan 10:

Bagaimanakah proses pemilihan dilakukan? Adakah saya perlu untuk menghadiri sebarang temuramah?

Urusetia Sukarelawan akan menyenarai pendek calon sukarelawan berdasarkan borang yang telah anda isi. Status pemohonan anda akan dimaklumkan menerusi emel dan semakan melalui portal http://sukarelawansukmajohor.my

 

Soalan 11:

Bila saya akan dimaklumkan sekiranya pemohonan saya berjaya?

Pemberitahuan pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara berperingkat secara e-mail atau semakan status menerusi portal http://sukarelawansukmajohor.my


Soalan 12:

Bilakah tarikh tutup untuk permohonan sebagai sukarelawan?

Pendaftaran sukarelawan akan ditutup pada 10 September 2019.

 

Soalan 13:

Adakah saya perlu menghadiri latihan sukarelawan?

Ya. Kami akan menganjurkan tiga sesi latihan untuk setiap sukarelawan dan ketiga-tiga sesi ini wajib dihadiri.

 

Soalan 14:

Berapakah bilangan jam yang perlu disumbang oleh sukarelawan?

Memandangkan SUKMA XX Johor 2020 ini adalah satu temasya sukan yang besar, para sukarelawan diperlukan untuk berkhidmat sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jumlah bilangan jam perkhidmatan harian yang sebenar akan ditetapkan kelak dan ia adalah bergantung kepada jadual bertugas yang diberikan kepada anda apabila anda menghadiri latihan khusus sukarelawan. Sebahagian sukarelawan mungkin diperlukan untuk bertugas pada waktu malam.


Soalan 15:

Bolehkah saya memilih tarikh untuk menjadi sukarelawan?

Tidak. Jadual bertugas sukarelawan adalah tertakluk kepada pihak Jawatankuasa Pengelola Sukarelawan apabila dimaklumkan kepada anda semasa latihan khusus sukarelawan.

 

Soalan 16:

Bolehkah saya menyatakan pilihan saya untuk turut bersama dalam kumpulan sukarelawan lain yang saya kenali?

Anda tidak boleh memilih untuk bertugas bersama kenalan anda kerana tugasan dan tanggungjawab yang akan diberikan kepada anda mungkin berbeza dengan mereka.

 

Soalan 17:

Bolehkah saya memohon surat sokongan daripada Jawatan Kuasa Pengelola Sukarelawan untuk pelepasan sementara kepada tempat saya bekerja/belajar untuk menjadi sukarelawan?

Ya. Jawatankuasa Pengelola Sukarelawan akan mengeluarkan surat sokongan cuti tanpa rekod atau pelepasan bertugas / kelas kepada sukarelawan terpilih tetapi ia tertakluk kepada kelulusan majikan atau pensyarah di Jabatan/agensi/institusi pengajian anda.

 

Soalan 18:

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?

Sebarang pertanyaan, sila hantar emel anda ke sukarelawanjohor2020@gmail.com


Soalan 19:

Adakah saya boleh menjadi sukarelawan walaupun masih di bawah umur?

Kami hanya menerima sukarelawan berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2019.

© Copyright 2019 DT TROOPERS - All Rights Reserved
| Design By EDU PRA SOLUTION